Tuesday, November 29, 2022

KEPENTINGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 

KEPENTINGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


assalamualaikum semua, kali ini saya akan berkongsi mengenai kenapa teknologi penting dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bidang pendidikan. Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan teknologi ?  Teknologi bermaksud pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah.


Dengan menggunakan teknologi akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran  lebih menarik dan berkesan di dalam kelas. Antara contoh alat teknologi yang boleh digunakan adalah seperti :

  • Power Point
  • Flash
  • Video
  • LCD

Antara kepentingan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah :

(1) Meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.

-Guru dapat membuat persiapan dan bersedia lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.


(2) Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan dan teknologi.

-Melalui alat teknologi, guru dapat menerangkan kepada murid dengan lebih terperinci serta mendalam tentang sesuatu tajuk. 


(3) Menarik minat murid untuk belajar.

-Penggunaan alat teknologi boleh menarik minat murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, murid-murid pada zaman sekarang gemar menggunakan alat teknologi seperti komputer dan telefon bimbit. Murid-murid akan tertarik untuk belajar dan suasana dalam kelas akan lebih aktif dan menyeronokkan.


Kesimpulannya, penggunaan alat teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sangat membantu murid dan guru. Melalui teknologi, guru-guru memperoleh banyak bahan dan maklumat yang dapat meringankan tugas guru dan dapat menjalankan pengajaran yang lebih berkesan.

Tuesday, November 1, 2022

                                                   WELCOME TO MY BLOG :)


Assalamualaikum semua dan hai, jujur ini pertama kali ya saya berada dalam dunia blogger. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk ada blog sendiri. Sebelum bercerita dengan lebih panjang, izinkan saya untuk perkenalkan diri.

Nama diberi Nur Afiqah binti Zaki, boleh panggil afiqah, fiqah atau ramai yang panggil ikah. Saya dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tanggal 2 Februari 1997. Berasal dari negeri yang terkenal dengan jelapang padi iaitu Kedah Darul Aman. Saya merupakan anak kedua dari empat orang adik-beradik.

Mendapat pendidikan awal di Tadika Abim Taman Berlian, kemudian meneruskan di peringkat sekolah rendah di Sekolah Rendah Islam Alor Setar (ABIM). Melanjutkan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah (SMKSB). Seterusnya, saya mengambil keputusan untuk mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) . Selepas tamat pengajian di peringkat STPM, saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pengajian Islam pengkhususan Al-Quran dan Sunnah. Kemudian, sekarang saya sedang mengambil Diploma Pendidikan Pascasiswazah di Universiti Malaya. Inilah serba sedikit tentang diri saya, salam perkenalan semua.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KURSUS

                                                 CONTOH OBJEKTIF PEMBELAJARAN KHUSUS


NUR AFIQAH BINTI ZAKI (S2167657)

TOPIK :  BERTAYAMUM 


LEVEL 1 : MENGINGATI

- Murid dapat mendefinisikan maksud tayamum dengan betul dan jelas.

- Murid dapat menyenaraikan bahan yang digunakan untuk bertayamum.


LEVEL 2 : MEMAHAMI

- Murid dapat menerangkan secara jelas rukun dan syarat untuk bertayamum.

- Murid dapat membandingkan cara untuk bertayamum menggunakan debu dan juga cara mengambil wuduk menggunakan air.


LEVEL 3 : MELAKSANA

- Murid dapat menunjukkan cara-cara bertayamum dengan betul menggunakan debu.


LEVEL 4 : ANALISIS

- Murid dapat menyelesaikan masalah apabila berhadapan dengan masalah seperti ketiadaan air untuk berwudhuk atau anggota badan berwudhuk tidak boleh terkena air.


LEVEL 5 : MENILAI

- Murid dapat merumuskan hikmah disyariatkan bertayamum.


LEVEL 6 : MEMBINA

- Murid dapat menghasilkan peta minda yang menarik dan mudah untuk difahami tentang cara-cara bertayamum mengikut tertib yang betul.









MENGAPLIKASIKAN PLICKERS DAN KELAS TERAKHIR

  MENGAPLIKASIKAN PLICKERS DAN KELAS TERAKHIR  Assalamualaikum dan hai semua, okey entry kali ini saya akan menceritakan bagaimana kami berm...