KEPENTINGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
assalamualaikum semua, kali ini saya akan berkongsi mengenai kenapa teknologi penting dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bidang pendidikan. Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan teknologi ? Teknologi bermaksud pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah.
Dengan menggunakan teknologi akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan di dalam kelas. Antara contoh alat teknologi yang boleh digunakan adalah seperti :
- Power Point
- Flash
- Video
- LCD
Antara kepentingan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah :
(1) Meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.
-Guru dapat membuat persiapan dan bersedia lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
(2) Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan dan teknologi.
-Melalui alat teknologi, guru dapat menerangkan kepada murid dengan lebih terperinci serta mendalam tentang sesuatu tajuk.
(3) Menarik minat murid untuk belajar.
-Penggunaan alat teknologi boleh menarik minat murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, murid-murid pada zaman sekarang gemar menggunakan alat teknologi seperti komputer dan telefon bimbit. Murid-murid akan tertarik untuk belajar dan suasana dalam kelas akan lebih aktif dan menyeronokkan.
Kesimpulannya, penggunaan alat teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sangat membantu murid dan guru. Melalui teknologi, guru-guru memperoleh banyak bahan dan maklumat yang dapat meringankan tugas guru dan dapat menjalankan pengajaran yang lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment