PERKONGSIAN SEPANJANG MENJALANKAN PENGALAMAN SEKOLAH
Assalamualaikum semua, dan hai.. Bertemu kembali kita dalam perkongsian seterusnya iaitu mengenai pengalaman sekolah atau dikenali dalam kalangan guru sebagai ROS. Tapi, kami sebagai pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) memanggil sebagai pengalaman sekolah (PS). Saya menjalakan pengalaman sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak (SMKPT), Kuala Lumpur.
Fasa pertama untuk pengalaman sekolah bermula pada hari isnin iaitu 5 Disember sehingga 9 Disember 2022. Sekolah ini dipilih oleh saya sendiri kerana agak dekat dengan rumah untuk berulang. Hari pertama melapor diri di SMKPT berjalan dengan sangat baik, pengetua dan penolang kanan pentadbiran sangat mengalu-alukan kedatangan kami. Seawal 7:00 pagi saya telah sampai ke sekolah berkenaan. Perasaan sangat nervous untuk memulakan pengalaman sekolah kerana kedatangan kali ini bukan lagi sebagai seorang murid tetapi bakal guru. Perasaan yang berbeza sudah semestinya.
Kami diberikan sedikit taklimat mengenai sekolah ini, mendapat guru pengiring dan juga tempat di bilik guru. Perasaan yang sangat sukar untuk diungkapkan, bercampur baur, seronok takut dan sebagainya. Saya telah berjumpa dengan guru pengiring untuk bertanya mengenai subjek dan kelas untuk pengkhususan saya iaitu Pendidikan Islam. Alhamdulillah, mendapat guru pengiring yang baik dan memberi kerjasama untuk mengumpul maklumat yang diperlukan oleh saya. Saya bersama rakan-rakan yang lain berjalan-jalan di sekitar sekolah untuk mengetahui selok-belok sekolah ini. Wahhh, ada kelas yang pemandangannya adalah KLCC, terpegun sebentar. Iyelah kan, sekolah di tengah bandar, selalu sekolah pemandangan sawah padi. Murid-murid di sekolah ini pun masih mempunyai adab dan akhlak yang baik.
Bagi saya, pengalaman seminggu berada di sekolah sebagai seorang guru pelatih sangat bermakna dan memberikan saya satu semangat untuk menjadi pendidik kelak. Banyak pengalaman berharga yang dikutip sebagai persediaan untuk menjadi pendidik, doakan :')
Berjumpa lagi pada coretan seterusnya 💖


No comments:
Post a Comment