APLIKASI PLICKERS
Assalamualaikum dan hai everyone, semoga semuanya berada dalam keadaan baik hendakNya. Pada 18 Januari 2023, saya dan rakan-rakan yang lain telah memperoleh ilmu baru di mana saya tidak pernah tahu pun wujudnya aplikasi ini. Dr. Zam telah memperkenalkan kepada kami satu aplikasi yang boleh digunakan untuk diaplikasikan di dalam kelas. Satu aplikasi yang sangat menarik. Dr. Zam telah menunjukkan satu video di YouTube yang menerangkan tentang cara menggunakan aplikasi plickers. Rupa-rupanya sangat senang untuk menggunakan aplikasi plickers ini. Mesti korang semua tertanya-tanya apa itu plickers kan ? Dari tadi saya sebut plickers plickers. Okey jom saya terangkan serba sedikit apa itu plickers.
PLICKERS adalah satu aplikasi yang sangat mudah bagi seorang guru untuk mengumpul data di dalam kelas. Seorang guru hanya perlu mempunyai smart phone yang telah dimuat turun aplikasi "Plickers" ke dalam telefon tersebut. Untuk memulakan penggunaan aplikasi ini, kita boleh masuk ke laman web https://www.plickers.com. Aplikasi ini adalah percuma dan hanya perlu 'Sign In' sahaja bagi mendapat kebenaran untuk menggunakan aplikasi ini. Setelah berjaya untuk 'Sign In', email pengesahan akan dihantar ke mail dan setelah pengesahan dibuat, kita sudah boleh menggunakan aplikasi ini.
Guru yang mempunyai akses internet boleh membina soalan dan memaparkannya kepada murid. Setiap murid akan diberikan kad plickers dengan kod yang berbeza. Setiap kad yang akan diimbas oleh scanner telefon guru akan keluar nama masing-masing mengikut kad.
CARA MENGGUNAKAN APLIKASI PLICKERS :
1. Aplikasi plickers perlu di download dari apps store.
2. Buka laman web plickers dari laptop atau PC dan sign up.
3. Daftar kelas dan tetapkan nama murid bagi setiap kad plickers.
4. Download dan cetak kad plickers berkenaan.
KELEBIHAN PLICKERS :
1. Mudah untuk di set up.
2. Hanya memerlukan peranti dan paparan skrin dari guru sahaja.
3. Hanya memerlukan smartphone guru untuk scan jawapan murid.
4. Tidak memerlukan internet dan boleh dibuat dalam kelas biasa.
5. Kad plickers murid boleh diulang guna untuk kelas lain dengan hanya mengubah senarai nama murid sahaja.
KEKURANGAN PLICKERS :
1. Kos untuk print kad plickers.
2. Mengambil masa untuk scan jawapan murid.
Dr. Zam telah meminta setiap kumpulan untuk membina soalan menggunakan aplikasi plickers dan kelas akan datang, perlu aplikasikan plickers bersama rakan-rakan yang lain. Begitulah, setelah belajar teori perlu dipraktikkan kepada amali untuk melihat kefahaman kita mengenai sesutau topik yang dipelajari. Tidak sabar untuk menunggu kelas yang akan datang untuk menggunakan aplikasi ini. Sehingga berjumpa lagi semua.


No comments:
Post a Comment