HA' APA ITU ASYNCHRONOUS LEARNING CLASS
Assalamualaikum dan hai semua. Bertemu kembali kita dalam entry seterusnya.
16 November 2022, Rabu. Kelas PQ16004 - Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran pada hari ini berjalan secara asynchronous learning class iaitu online. Ha' apa itu asynchronous learning ? Saya pun pertama kali mendengarnya apabila Dr. Zam memperkenalkannya. Ha' meh sini nak bagi tahu. Asynchronous Learning ialah pembelajaran tidak segerak. Di mana, pendekatan pembelajaran ini melibatkan semua pelajar dan guru hadir berinteraksi bukan dalam masa yang dinyatakan dan juga tidak semestinya hadir pada tempat yang sama.
Sebagai contoh asynchronous learning, guru telah merakam video pengajaran dan murid menonton mengikut masa sendiri. Atau contoh lain ialah guru telah memberikan tugasan yang perlu dibuat dengan tempoh yang tertentu, murid perlu siapkan dalam tempoh tersebut mengikut arahan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Kelas pada hari tersebut, saya dan rakan-rakan yang lain ditugaskan untuk menghasilkan satu video yang berkaitan dengan teknologi dalam dunia pendidikan. Dalam dunia pendidikan, teknologi sangat penting dalam membantu untuk melancarkan gerak kerja seorang guru. Teknologi juga membantu untuk mempelbagaikan teknik-teknik mengajar, kemahiran dan alat bantu mengajar (ABM) di dalam kelas.
Di sini, saya lampirkan link video yang telah saya hasilkan menggunakan aplikasi canva. Selamat menonton semua, semoga bermanfaat ✌
LINK VIDEO :
https://youtu.be/JMPoz217hs0

No comments:
Post a Comment