Thursday, February 9, 2023

MENGAPLIKASIKAN PLICKERS DAN KELAS TERAKHIR

 MENGAPLIKASIKAN PLICKERS DAN KELAS TERAKHIR 

Assalamualaikum dan hai semua, okey entry kali ini saya akan menceritakan bagaimana kami bermain menggunakan aplikasi plickers dan juga cerita kelas terakhir. Kalau hari itu, kami telah belajar secara teori bagaimana untuk menggunakan aplikasi plickers, tetapi pada kelas hari ini iaitu 18 Januari 2023, kami akan mempraktikkan aplikasi plickers ini bersama rakan-rakan di dalam kelas. Setiap kumpulan telah menyediakan soalan dan kad plickers untuk diberikan kepada mereka yang bertuah. Seronok sebenarnya menggunakan plickers ini dan dalam masa yang sama dapat menguji otak untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan yang sangat menguji. Tetapi semua enjoy bermain dan saya rasa sangat mudah untuk menggunakannya. Untuk pertama kali mungkin akan rasa betul ke kita buat? Tetapi selepas praktis insyaAllah kita akan rasa mudah menggunakan apps ini. Di sini saya sertakan gambar aktiviti semasa menggunakan aplikasi plickers sewaktu dalam kelas.







    
    Hari ini juga merupakan kelas terakhir kami bersama Dr.Zam iaitu bagi subjek Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran (PQ16004). Saya berasa sangat seronok dan enjoy kelas bersama Dr Zam dan juga saya telah mendapat pelbagai ilmu baru semasa berada dalam kelas ini. Semoga setiap ilmu yang diperoleh akan memberi manfaat kepada kami semua untuk bakal pendidik kelak. Terima kasih Dr atas segala ilmu yang diberikan. InsyaAllah sampai ketemu lagi semuanya :')


Bersama Dr. Zam dan rakan-rakan sekelas.



Gambar kenangan bersama ahli kumpulan bagi subjek ini.

PEMBENTANGAN AKTIVITI BERKUMPULAN

 PEMBENTANGAN AKTIVITI BERKUMPULAN "AKTIVITI 60 MINIT"


Rabu, 21 Disember 2022. Kelas pada hari ini dikhususkan untuk saya dan rakan-rakan yang lain untuk membuat pembentangan mengenai pengajaran 60 minit yang telah dirangka pada minggu sebelum itu. Kumpulan kami menjadi kumpulan pertama yang membentangkan aktiviti berkenaan. Tajuk yang dipilih ialah mengenai Riwayat Tokoh Sahabat Rasulullah SAW iaitu merupakan bab sirah dalam buku teks Tingkatan 3. Kami melakukan pembentangan dengan menggunakan slide dan juga menjawab soalan kuiz menggunakan aplikasi Quizizz. Kelas pada hari berkenaan sangat meriah kerana saya dan rakan-rakan yang lain telah mempelajari pelbagai ilmu baru seperti biologi, pendidikan jasmani, sejarah dan macam-macam lagi. Di bawah, saya lampirkan antara hasil slide yang telah dibuat oleh kumpulan kami. Semoga bermanfaat :')













AKTIVITI BERKUMPULAN

 MERANCANG AKTIVITI PENGAJARAN 60 MINIT 

    14 Disember 2022. Rabu. Kelas pada minggu ini diteruskan dengan merangka aktiviti pengajaran di dalam kelas bersama ahli kumpulan masing-masing. Dek kerana, kami semua baru sahaja selesai melakukan pengalaman sekolah (PS) fasa satu pada minggu lepas. Saya bersama ahli kumpulan yang lain iaitu Fatin, Nadhirah, Delsie dan Rouzline telah berbincang untuk memilih tajuk apa untuk merangka aktiviti pengajaran selama 60 minit. Setelah perbincangan dilakukan, kami bersepakat untuk memilih tajuk Tokoh Sahabat Rasulullah iaitu bahagian Sirah dalam buku teks Pendidikan Islam. 

    Aktiviti yang pertama dimulakan dengan set induksi iaitu kami hanya meletakkan masa selama lima minit sahaja. Lima minit pertama guru akan berinterkasi bersama murid-murid dan akan bertanya siapakah tokoh dan idola dalam kehidupan mereka. 

    Langkah seterusnya, guru akan menjelaskan tentang topik yang akan dipelajari pada kelas berkenaan dengan menggunakan alat bantu mengajar iaitu slaid dan juga power point. Setersunya, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan guru akan memberikan penerangan berkenaan dengan aktiviti yang akan dilakukan. Setiap kumpulan akan diperuntukkan masa untuk membuat perbincangan mengenai tajuk pada kelas tersebut iaitu berkaitan tokoh. Langkah ketiga adalah setiap kumpulan akan membuat pembentangan dengan hasil kerjasama setiap ahli kumpulan masing-masing.

    Akhir sekali adalah aktiviti pengukuhan selama 10 minit yang akan dilakukan dengan menjawab soalan kuiz. Guru boleh menggunakan pelbagai aplikasi sebagai contoh Quizizz. Hal ini demikian kerana, aktiviti pengukuhan ini adalah untuk menilai sajauh mana murid memahami topik yang disampaikan oleh guru ketika dalam kelas.



Bersama ahli kumpulan untuk perbincangan.



ONLINE GROUP DISCUSSION

 KELAS SECARA  ATAS TALIAN 

    Pada 28 Disember 2022, Rabu, kelas aplikasi pembangunan dan penilaian kurikulum rekabentuk pengajaran dijalankan secara atas talian. Dimana, kami perlu membuat perbincangan dalam kumpulan. Topik yang perlu kami bincang iaitu mengenai flipped classroom, project-based learning, problem based learning dan inquiry based learning. Saya bersama-sama ahli kumpulan telah menggunakan aplikasi google meet untuk melakukan perbincangan. Maklumat dan juga isi bagi setiap topik perlu kami isi ke dalam slide yang telah disediakan oleh Dr Zam. Pada kelas ini, saya telah mengetahui ilmu baru dalam menggunakan flipped classroom, project based learning, problem based learning dan juga inquiry based learning. Rupanya, terdapat pelbagai kaedah untuk mengawal kelas dan melakukan aktiviti dalam kelas. Kemudian, slide yang telah lengkap diisi, kami perlu menghantar kepada email Dr Zam untuk membuat semakan. Di sini, saya sertakan antara aktiviti yang kami telah lakukan pada kelas tersebut :



Slide yang kami perlu isi. 



Bersama-sama ahli kumpulan melakukan perbincangan.


Contoh slide setiap kumpulan.

Tuesday, February 7, 2023

PLICKERS

      APLIKASI PLICKERS                  

    Assalamualaikum dan hai everyone, semoga semuanya berada dalam keadaan baik hendakNya. Pada 18 Januari 2023, saya dan rakan-rakan yang lain telah memperoleh ilmu baru di mana saya tidak pernah tahu pun wujudnya aplikasi ini. Dr. Zam telah memperkenalkan kepada kami satu aplikasi yang boleh digunakan untuk diaplikasikan di dalam kelas. Satu aplikasi yang sangat menarik. Dr. Zam telah menunjukkan satu video di YouTube yang menerangkan tentang cara menggunakan aplikasi plickers. Rupa-rupanya sangat senang untuk menggunakan aplikasi plickers ini. Mesti korang semua tertanya-tanya apa itu plickers kan ? Dari tadi saya sebut plickers plickers. Okey jom saya terangkan serba sedikit apa itu plickers.

    PLICKERS adalah satu aplikasi yang sangat mudah bagi seorang guru untuk mengumpul data di dalam kelas. Seorang guru hanya perlu mempunyai smart phone yang telah dimuat turun aplikasi "Plickers" ke dalam telefon tersebut. Untuk memulakan penggunaan aplikasi ini, kita boleh masuk ke laman web https://www.plickers.com. Aplikasi ini adalah percuma dan hanya perlu 'Sign In' sahaja bagi mendapat kebenaran untuk menggunakan aplikasi ini. Setelah berjaya untuk 'Sign In', email pengesahan akan dihantar ke mail dan setelah pengesahan dibuat, kita sudah boleh menggunakan aplikasi ini. 

    Guru yang mempunyai akses internet boleh membina soalan dan memaparkannya kepada murid. Setiap murid akan diberikan kad plickers dengan kod yang berbeza. Setiap kad yang akan diimbas oleh scanner telefon guru akan keluar nama masing-masing mengikut kad. 



LOGO PLICKERS

KAD PLICKERS


CARA MENGGUNAKAN APLIKASI PLICKERS :

1. Aplikasi plickers perlu di download dari apps store.

2. Buka laman web plickers dari laptop atau PC dan sign up.

3. Daftar kelas dan tetapkan nama murid bagi setiap kad plickers.

4. Download dan cetak kad plickers berkenaan.


KELEBIHAN PLICKERS :

1. Mudah untuk di set up.

2. Hanya memerlukan peranti dan paparan skrin dari guru sahaja.

3. Hanya memerlukan smartphone guru untuk scan jawapan murid.

4. Tidak memerlukan internet dan boleh dibuat dalam kelas biasa.

5. Kad plickers murid boleh diulang guna untuk kelas lain dengan hanya mengubah senarai nama murid sahaja. 


KEKURANGAN PLICKERS :

1. Kos untuk print kad plickers.

2. Mengambil masa untuk scan jawapan murid.


    Dr. Zam telah meminta setiap kumpulan untuk membina soalan menggunakan aplikasi plickers dan kelas akan datang, perlu aplikasikan plickers bersama rakan-rakan yang lain. Begitulah, setelah belajar teori perlu dipraktikkan kepada amali untuk melihat kefahaman kita mengenai sesutau topik yang dipelajari. Tidak sabar untuk menunggu kelas yang akan datang untuk menggunakan aplikasi ini. Sehingga berjumpa lagi semua. 

ASYNCHRONOUS LEARNING CLASS

 

HA' APA ITU ASYNCHRONOUS LEARNING CLASS 

        Assalamualaikum dan hai semua. Bertemu kembali kita dalam entry seterusnya. 

    16 November 2022, Rabu. Kelas PQ16004 - Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran pada hari ini berjalan secara asynchronous learning class iaitu online. Ha' apa itu asynchronous learning ? Saya pun pertama kali mendengarnya apabila Dr. Zam memperkenalkannya. Ha' meh sini nak bagi tahu. Asynchronous Learning ialah pembelajaran tidak segerak. Di mana, pendekatan pembelajaran ini melibatkan semua pelajar dan guru hadir berinteraksi bukan dalam masa yang dinyatakan dan juga tidak semestinya hadir pada tempat yang sama.

    Sebagai contoh asynchronous learning, guru telah merakam video pengajaran dan murid menonton mengikut masa sendiri. Atau contoh lain ialah guru telah memberikan tugasan yang perlu dibuat dengan tempoh yang tertentu, murid perlu siapkan dalam tempoh tersebut mengikut arahan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. 

    Kelas pada hari tersebut, saya dan rakan-rakan yang lain ditugaskan untuk menghasilkan satu video yang berkaitan dengan teknologi dalam dunia pendidikan. Dalam dunia pendidikan, teknologi sangat penting dalam membantu untuk melancarkan gerak kerja seorang guru. Teknologi juga membantu untuk mempelbagaikan teknik-teknik mengajar, kemahiran dan alat bantu mengajar (ABM) di dalam kelas.

    Di sini, saya lampirkan link video yang telah saya hasilkan menggunakan aplikasi canva. Selamat menonton semua, semoga bermanfaat ✌

LINK VIDEO :

https://youtu.be/JMPoz217hs0





PENGALAMAN SEKOLAH


PERKONGSIAN SEPANJANG MENJALANKAN PENGALAMAN SEKOLAH



    Assalamualaikum semua, dan hai.. Bertemu kembali kita dalam perkongsian seterusnya iaitu mengenai pengalaman sekolah atau dikenali dalam kalangan guru sebagai ROS. Tapi, kami sebagai pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) memanggil sebagai pengalaman sekolah (PS). Saya menjalakan pengalaman sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak (SMKPT), Kuala Lumpur. 

    Fasa pertama untuk pengalaman sekolah bermula pada hari isnin iaitu 5 Disember sehingga 9 Disember 2022. Sekolah ini dipilih oleh saya sendiri kerana agak dekat dengan rumah untuk berulang. Hari pertama melapor diri di SMKPT berjalan dengan sangat baik, pengetua dan penolang kanan pentadbiran sangat mengalu-alukan kedatangan kami. Seawal 7:00 pagi saya telah sampai ke sekolah berkenaan. Perasaan sangat nervous untuk memulakan pengalaman sekolah kerana kedatangan kali ini bukan lagi sebagai seorang murid tetapi bakal guru. Perasaan yang berbeza sudah semestinya. 

    Kami diberikan sedikit taklimat mengenai sekolah ini, mendapat guru pengiring dan juga tempat di bilik guru. Perasaan yang sangat sukar untuk diungkapkan, bercampur baur, seronok takut dan sebagainya. Saya telah berjumpa dengan guru pengiring untuk bertanya mengenai subjek dan kelas untuk pengkhususan saya iaitu Pendidikan Islam. Alhamdulillah, mendapat guru pengiring yang baik dan memberi kerjasama untuk mengumpul maklumat yang diperlukan oleh saya. Saya bersama rakan-rakan yang lain berjalan-jalan di sekitar sekolah untuk mengetahui selok-belok sekolah ini. Wahhh, ada kelas yang pemandangannya adalah KLCC, terpegun sebentar. Iyelah kan, sekolah di tengah bandar, selalu sekolah pemandangan sawah padi. Murid-murid di sekolah ini pun masih mempunyai adab dan akhlak yang baik. 

    Bagi saya, pengalaman seminggu berada di sekolah sebagai seorang guru pelatih sangat bermakna dan memberikan saya satu semangat untuk menjadi pendidik kelak. Banyak pengalaman berharga yang dikutip sebagai persediaan untuk menjadi pendidik, doakan :')

    Berjumpa lagi pada coretan seterusnya 💖

  


Bersama dengan rakan-rakan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA)



Kelas pertama dengan guru pembimbing.








MENGAPLIKASIKAN PLICKERS DAN KELAS TERAKHIR

  MENGAPLIKASIKAN PLICKERS DAN KELAS TERAKHIR  Assalamualaikum dan hai semua, okey entry kali ini saya akan menceritakan bagaimana kami berm...